Sabtu, 28 Mei 2011




Assalamualaikum.
Selamat berpisah buat Ustazah Hani yang akan bertukar ke sekolah baru mulai 13 JUN 2011 nanti. Semoga Ustazah Hani akan terus cemerlang di tempat baru. Segala kenangan di SKKD akan sentiasa diingati. Harapan dari akak agar jangan lupa member-member di SKKD.

Khamis, 26 Mei 2011

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Pelaksanaan Penataran Dokumen Standard Prestasi Tahun 1 ( Dunia Sains dan Teknologi) berdasarkan KSSR di Sk TTJ. Banyak dokumen yang perlu diselesaikan dan diuruskan. Sesungguhnya dunia pendidikan dinihari dan mendatang pasti akan lebih mencabar. Inilah dunia pendidik.

Isnin, 23 Mei 2011

Salam buat Warga SKKD





Salam buat semua. Terimakasih kerana diberi kesempatan di blog ini untuk saya mencuba sesuatu yang baru. Insya allah di blog ini, moga-moga menjadi platfom untuk saya dan semua warga SKKD berkongsi idea dan maklumat. Sekali lagi, terimakasih. Salam.