Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadan


Syukur ke hadrat ILAHI memberikan kita peluang merasai Ramadan untuk tahun ini. Hayatilah RAMADAN sebaiknya. SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA warga SKKD

Isnin, 4 Julai 2011

Bermulanya alam baru Mohd Sharafi sebagai pelajar politeknik







Alhamdulillah, semalam 4hb Julai anak saya Mohd Sharafi memasuki alam baru sebagai pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Mungkin anak saya tidak secemerlang mereka yang berjaya memasuki menara gading yang gah, namun saya tetap bersyukur dengan peluang yang diberi kepadanya. Semoga Mohd Sharafi akan terus berjaya dan memanafaatkan peluang yang diterimanya ini sebaik mungkin. Insyaallah saya dan keluarga akan terus memberi sokongan kepadanya. Belajarlah bersungguh-sungguh dengan peluang yang ada ini, wahai anakku. Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan mu.

Ahad, 3 Julai 2011

Project Based Learning


Baru balik dari Kursus PBL (Project Based Learning) di PKG Mantin anjuran BTPNS 27-28 Jun 2011. Pembelajaran ini sebenarnya sudah lama dijalankan oleh cikgu-cikgu di sekolah, PBL adalah pembelajaran berpusatkan murid sepertimana yang kita belajar di maktab dulu, cuma namanya ditukar dan diberi sedikit pembaharuan. PBL dijalankan oleh murid-murid tahap 2. Digalakkan pihak sekolah mengadakan pertandingan peringkat sekolah sebelum menyertai pertandingan di peringkat PKG dan seterusnya di peringkat negeri.