Isnin, 27 Jun 2011

Rabu 29hb Jun 2011 (27 Rejab 1432)

Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, seketika menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Sabtu, 25 Jun 2011

Tumbuhan Herba untuk kesihatan










TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN

Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.

Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

TUMBUHAN HERBA

Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam

Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifoliajack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1. menambah tenaga

2. menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.

3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan

4. Mengurangkan keletihan

5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.

Alfalfa

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.

Aloe vera

Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.

Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.

Halia

Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.

Ginseng

Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan.

Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.

Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.

Cendawan

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

TUMBUHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA

Kecubung atau Datura metal turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kecubong, terung pengar, terung pungak merupakan tumbuhan yang dilaporkan beracun.tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Tumbuhan ini dikawasan beriklim panas lembab diseluruh dunia. Selain dariapada tumbuh meliar,ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan tradisional.

Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan antara alkaloid yang banyak ditemui didalam buah, daun, ranting dan akar. Biji tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula nyata didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan ini dimakan.

Gejala yang mual kelihatan ialah rasa haus, kering mulut, pembesaran anak mata dan lain-lain lagi. Pada kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi,sawan, koma dan boleh membawa maut.

Walaupun tumbuhan ini beracun, namun beberapa bahagian tumbuhan ini kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan dibahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan lain.

Memandangkan akan kesan toksid yang mungkin berlaku,adalah dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakannya,.

PENUTUP

Dari apa yang dibincangkan diatas ,dapatlah disimpulkan bahawa tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Samaada kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang asli, namun kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi. Tumbuhan herba ini merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Pencipta untuk digunakan oleh sekelian manusia. Yang memerlukan. Yang pentingnya kita mesti berusaha untuk mencari penawar bagi setiap penyakit itu.

Selasa, 14 Jun 2011

Tahukah kamu.....

IKAN PAUS
Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan

ALOE VERA

Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.

KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

KATAK ADE GIGI TAK

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.
Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.


KUMAN TERBESSSAAAR!!!

Bacteria 'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75 mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.

KEUNIKAN MANUSIA

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:

badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.


DINOSAUR MUNTAH

Muntahan fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut

IKAN MINUM

Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.

Seronoknya belajar sains.........

Pembelajaran sains merupakan satu proses mengenali fenomena harian. Apa sahaja aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan juga perkara yang berlaku di sekeliling kita, sudah pasti ada jawapannya melalui pembelajaran sains. Kita berjalan, berpeluh, atau sebarang proses yang berlaku di dalam badan manusia semuanya dipelajari dalam mata pelajaran sains. Seronok kan!

Jadi mata pelajaran Sains sebenarnya tidaklah susah sepertimana yang dijangkakan jika kita mampu mengaitkan aktiviti harian kita dengan pembelajaran sains. Di sekolah, selain belajar sains di dalam kelas, murid juga mempelajari sains dengan melakukan amali di makmal atau bilik sains yang disediakan. Melakukan amali sains membolehkan murid-murid memahami tentang sesuatu fenomena yang terjadi kerana murid dapat menyelidik dan melihat sendiri proses tersebut.

Sewaktu amali atau membuat eksperimen di dalam makmal sains, murid didedahkan dengan teknik- teknik saintifik sebelum dan selepas melakukan sesuatu eksperimen. Ini termasuklah istilah-istilah seperti pemerhatian (observation,) inferens (inference), ramalan (prediction) dan kesimpulan (conclusion).

Kelemahan murid ialah tidak menghayati dan mengendahkan istilah-istilah tersebut di mana ia amat penting bagi seseorang yang ingin melakukan amali sains dan juga bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Murid hanya menumpukan perhatian pada aktiviti yang hendak dilakukan tanpa mendalami apa tujuan eksperimen itu dijalankan, mengapa terjadi demikian, dan apakah yang akan terjadi.

Di sini terdapat beberapa tips atau perkara yang membolehkan murid memberi lebih tumpuan dan merasai keseronokan sewaktu melakukan amali sains;

• Sebelum melakukan sesuatu aktiviti: Murid perlu membuat rujukan dahulu tentang topik berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan membuat rujukan, murid akan lebih bersedia dan teruja untuk melakukan eksperimen berbanding dengan murid yang tidak tahu dan tidak bersedia dengan apa yang akan dilakukan.

• Sewaktu di dalam makmal: Murid seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada arahan guru sebelum melakukan eksperimen. Dengan ini, murid akan lebih faham dan melakukan eksperimen dengan lancar. Murid harus membaca objektif eksperimen yang dijalankan berulangkali. Ia membantu murid untuk lebih fokus ketika menjalankan eksperimen.

• Ketika eksperimen dijalankan: Beri tumpuan sepenuhnya dan jangan bergurau senda atau bercakap-cakap dengan rakan sekelas. Jika terdapat sebarang keraguan, hendaklah dirujuk kepada guru. Timbulkan rasa seronok dan sifat ingin tahu ketika melakukan eksperimen.

• Setelah selesai melakukan eksperimen: Pemerhatian harus dibuat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Seterusnya cuba fikirkan dan kaitkan dengan teori mengapa terjadinya demikian. Keputusan atau data eksperimen hendaklah dicatatkan dengan jujur tanpa mengubahnya. Ini penting untuk mencapai kepuasan murid membuat eksperimen.

Murid-murid seharusnya mengikuti langkah-langkah di atas bagi menanamkan rasa seronok mempelajari matapelajaran sains. Sains itu mudah, sains itu menarik, sains itu melambangkan kejayaan manusia menerokai dan mengenali fenomena harian yang berlaku pada diri kita. Selamat mencuba!