Isnin, 4 Julai 2011

Bermulanya alam baru Mohd Sharafi sebagai pelajar politeknik







Alhamdulillah, semalam 4hb Julai anak saya Mohd Sharafi memasuki alam baru sebagai pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Mungkin anak saya tidak secemerlang mereka yang berjaya memasuki menara gading yang gah, namun saya tetap bersyukur dengan peluang yang diberi kepadanya. Semoga Mohd Sharafi akan terus berjaya dan memanafaatkan peluang yang diterimanya ini sebaik mungkin. Insyaallah saya dan keluarga akan terus memberi sokongan kepadanya. Belajarlah bersungguh-sungguh dengan peluang yang ada ini, wahai anakku. Kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan